Fakta Menarik Iman Troye

  • Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor
  • Beliau pernah menjadi model sambilan untuk jenama pakaian muslimah tempatan, iaitu Leeyanarahman.
  • Beliau gemar memuat naik nyanyian lagu covernya menerusi media sosial.
  • Beliau mendapat jolokan sebagai 'Nabila Razali 2.0' kerana vokalnya yang hampir mirip dengan beliau.
  • Beliau mula dikenali dengan nama panggilannya 'Iman Troy' sejak beliau berumur 14 tahun lagi.
  • Beliau pernah mencetuskan kontroversi pada bulan Mei 2020 kerana tindakannya berbaring atas pokok di sekitar kawasan River of Life milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa menjayakan penggambaran jenama fesyen muslimah milik Leeyanarahman.
  • Lagu single Teman nyanyiannya berjaya mengalahkan lagu Cute dendangan daripada Harith Zazman bersama MFMF dan Loca B, lagu Penat nyanyian daripada Andi Bernadee dan lagu duet Terlanjur Cinta nyanyian daripada Hael Husaini dan Cakra Khan sebagai antara lagu paling banyak distrim sepanjang awal Oktober 2020.
  • Beliau pernah menerima kejutan daripada penyanyi idolanya, Siti Sarah Raisuddin yang hadir ke sekolahnya semata-mata untuk memberikan kata-kata semangat sewaktu beliau menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019.